ED SUPPLY & SERVICES adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2006. Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi pembekal dan penyedia perkhidmatan terbaik setanding dengan bangsa asing yang menguasai bidang ini.
ED SUPPLY & SERVICES menyediakan pembekalan dan perkhidmatan untuk barangan promosi (premium & gift, sourvenier, advertising, pakaian / pakaian sukan dan sebagainya). Selain itu, kami juga membekalkan bahan minuman, makanan mentah basah & kering, makanan bermasak islam, peralatan & kelengkapan komputer, alat bantuan mengajar, membekal alat tulis, pakaian & kelengkapan, peralatan pencucian & pembersihan, cenderamata & hadiah, kelengkapan / kemudahan awam, mesin & kelengkapan bengkel, baja, peralatan kejuruteraan elektrik, lampu & kelengkapan, perkhidmatan mencuci bangunan, membersih kawasan, mengangkat sampah, menurap jalan, kontraktor pembinaan awam, kejuruteraan elektrikal, mekanikal & awam, pengiklanan dan papan iklan.
ED SUPPLY & SERVICES mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali.
ED SUPPLY & SERVICES juga telah membuka dua cawangan di Selangor dan Pahang. Kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di seluruh Malaysia. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama dari tuan/puan, ED Supply & Services dapat merealisasikan visi dan misi syarikat.

No comments:
Post a Comment